7 Januari 2041.
Lokman , Mail dan Osman berada di luar kawasan tempat mereka melakukan orientasi. Mereka baharu sahaja selesai melakukan orientasi yang terakhir mereka. Jam di tangan menunjukkan waktu 5.00 pm. Mereka berjalan seiringan menuju ke arah pondok menunggu bas berhadapan dengan kawasan orientasi mereka. Setelah tiba di pondok menunggu bas mereka bertiga mula berbicara.
"Lokman , Man. Diam tak diam dah seminggu kita melakukan orientasi kita di sini, nampaknya esok kita semua akan di bawa ke Akademi Tentera Cendrawasih. Tak sabar aku nak melihat suasana Akademi tersebut." kata Mail gembira.
"Betul tu Mail , aku pun tak sabar nak ke sana. barang-barang keperluan semua aku dah sediakan tinggal nak ke sana je." kata Osman pula.
"Itulah aku tak sangka masa seakan cepat berlalu, orientasi juga berakhir dengan suasana gembira, Tak sabarnya nak tunggu esok." sambung Lokman. Tiba-tiba Lokman terlihat bas yang ingin di naiki semakin hampir. Terus dia bingkas bangun dari duduk dan terus menahan bas tersebut.
Setalah membayar tambang mereka terus menuju ke arah tempat duduk yang paling belakang, kebetulan jumlah penumpang ketika itu tidak ramai. Setelah mereka duduk dengan selesa mereka kemudian menyambung perbualan mereka sebentar tadi.
"Wah, tak sangka hari ni kurang orang kalau tak dapat la kita duduk di belakang ni." kata Mail.
"Betul tu Mail kalau ramai orang tadi, berdirilah kita jawabnya nanti hahaha" kata Osman seraya berjenaka. Mail dan Lokman turut ketawa.
"Jadi, korang macam mana? barang-barang semua dah kemas? esok pagi kita dah kena berangkat dah. Kita semua kena tunggu kat tempat orientasi tu dan kemudian akan ada bas yang akan mengambil kita ke sana." kata Osman.
"Dah, aku dah kemas lama dah. Dah siap dah pun, tinggal bawa je. esok dalam pukul 10 pagikan diaorang ambil kita?" tanya Lokman.
"Ya pukul 10 pagi kita semua kena berada di sana kalau lambat kena tinggal. Yang kau pula Mail barang-barang dah kemas belum?"tanya Osman.
"Aku? dah kemas dah. Tak mainlah kemas lambat-lambat ni kan.. Aku bukan pemalas macam korang ni hehehe"gurau Mail.
"Amboi, kasar gurau, penampar nak?" kata Osman.
"Ehehe tak nak tak nak, gurau je tu bro" kata Mail sambil kedua tangannya menunjukkan isyarat tidak.
"Jadi esok bolehlah kita pergi sama-samakan?" tanya Lokman.
"Boleh aja" balas Mail dan Osman.
*******************************************************************
Hari yang sama, jam 5.58 petang. Bas yang di naiki oleh Mail, Osman dan Lokman telah tiba di Kampung Pinang Sebatang. Mereka bertiga terus menuruni keluar daripada bas yang mereka naiki. Dalam perjalanan menuju ke rumah masing-masing, mereka bertiga singgah sebentar ke kedai runcit untuk membeli air bagi menghilangkan kesan dahaga masing-masing. Setelah selesai membeli dan menghilangkan dahaga mereka bersembang lagi.
"Fuh, hilang dahaga aku, segar sikit badan aku ni. So esok pagi kita nak jumpa pukul berapa?" tanya Mail.
"Esok pagi jam 8 kita jumpa kat pondok bas depan kampung kita ni. amacam?" kata Lokman.
"Eh, awalnya, biar betul kau ni." kata Osman.
"Betul betul betul, takkan awal sangat kot, lewat sikit tak boleh ke?" sambung Mail bersetuju dengan kata Osman.
"Eh, awal la bagus. boleh sampai awal, boleh rehat-rehat bila sampai sana. Tak adalah sampai terkejar-kejar nanti bila sampai lambat kat sana." ulas Lokman.
"Hm, betul juga tu. Ok kita orang setuju. Esok jam 8 pagi kau orang mesti dah ada kat pondok bas ok. Jangan lambat pula, karang aku tempeleng seorang-seorang nanti. Kau Lokman jangan buat alasan bila datang lewat sebab kau yang beri cadangan ni" kata Osman.
"Baik bos! saya takkan lewat. Mail, kau boleh ke tak boleh jumpa kat pondok jam 8 pagi esok?" kata Lokman.
"Eh, boleh. siapa kata tak boleh. Ini Maillah, tak pernah lewat punya." kata Mail bangga.
"Ha, ye la tu. tengok-tengok esok kau yang lewat" kata Osman.
"Eh tak adalah, confirm bro. Insya'Allah aku tak lewat" kata Mail bersungguh-sungguh.
"Baiklah kalau semua dah confirm, esok kita jumpa kat pondok bas." kata Lokman.
Mereka bertiga kemudian bersalam-salaman dan mengambil haluan masing-masing untuk ke rumah mereka. Masing-masing berasa gembira kerana esok adalah hari yang amat mereka tunggu-tunggu, kerana ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Akademi Tentera Cendrawasih.
*****************************************************************
Pengenalan kepada Akademi Tentera Cendrawasih. Akademi Tentera Cendrawasih di tubuhkan pada 20 April 2030. Ia ditubuhkan setelah Malaysia berjaya mecipta kapal Angkasa yang mampu bergerak sejauh 1 tahun cahaya dalam masa 1 bulan hasil kerjasama dengan Pusat Teknologi Jepun. Kapal Angkasa yang pertama ini di beri nama sebagai Cendrawasih kerana terdapat lagenda berkaitan dengan burung cendrawasih yang sentiasa terbang dan hanya akan turun ke tanah ketika mati.
Ketika Akademi Tentera Cendrawasih baru di buka, pelajarnya terdiri daripada anggota-anggota tentera sedia ada malaysia meliputi tentera darat, udara dan marin. dengan jumlah permulaan seramai 250 orang pelajar. Dan 250 orang pelajar ini adalah graduan pertama yang mengendalikan kapal angkasa cendrawasih ini. Pembelajaran ini mengambil masa selama 3 tahun sebelum boleh di bawa mengikuti latihan industri selama 1 tahun untuk memberi mereka pengalaman mengendali, memahami dan mengenali struktur dalaman kapal angkasa.
Kapal angkasa cendrawasih yang pertama mampu memuatkan seramai 500 orang petugas bersenjata. Dan operasi pertama mereka adalah menjelajah ke planet marikh yang mengambil masa 1 hari untuk sampai kesana. Kini setelah hampir 11 tahun penubuhan Akademi Tentera Cendrawasih ini, jumlah graduan setakat ini adalah seramai 11 ribu orang. Dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat saban tahun, pihak pengurusan Akademi Tentera Cendrawasih mengambil inisiatif dengan melakukan pemilihan terperinci terhadap bakal pelajar mereka. Hanya yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan di pilih untuk menjadi keluarga Akademi Tentera Cendrawasih.
Lokman, Mail dan Osman adalah antara 2,500 bakal pelajar yang terpilih untuk mengikuti pengajian di Akademi Tentera Cendrawasih yang kemudian akan di serapkan sebagai anggota tentera setelah tamat pembelajaran mereka. 4 tahun adalah masa yang akan mereka ambil untuk belajar bersungguh-sungguh sebelum layak di gelar graduan Akademi Tentera Cendrawasih.
Walaupun setelah hampir 11 tahun malaysia membelah angkasa, planet paling jauh yang mereka pergi adalah Planet Kestro yang berada di arah barat berjarak 2 tahun cahaya. yang mengambil masa 2 minggu untuk sampai kesana dengan menggunakan kapal angkasa cendrawasih III. Kapal angkasa generasi ketiga yang mampu mencapai kelajuan maksimum 4 tahun cahaya sebulan. Dengan jumlah maksimum anggota bersenjata seramai 1,500. Walaupun planet itu cantik, tetapi tiada hidupan yang di jumpai di planet itu.
Ya, setelah hampir 11 tahun berlalu. Mereka masih belum menemui tanda-tanda atau ciri-ciri terdapatnya kehidupan lain selain di bumi. Itulah yang menjadi tanya, adakah kehidupan hanya ada di bumi? kerana sehingga sekarang tiada petanda yang dapat membuktikan bahawa makhluk asing itu benar-benar wujud.
***************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan