Sabtu, 4 Januari 2014

Wira Angkasa : Isyarat Pertama (Bab 1 - Part 3)

Hari yang sama, jam 7.45 malam.

     Terdapat 3 orang berada di meja makan, adik, ayah dan ibu Lokman berada di situ. Lokman belum keluar dari biliknya.

"Lokman!, meh turun makan sama-sama. nasi dah siap dah" panggil Puan Rosnah.

"Ye mak, nak turun dah ni"balas Lokman dari dalam biliknya kemudian turun menuju ke ruang makan.

  Lokman mengambil tempat duduknya, kemudian ayah Lokman bersuara.

"Dah solat?"tanya ayah Lokman.

"Dah ayah" jawab Lokman sambil mencuci tangan.

"Baca doa makan" suruh ayahnya.

Lokman menadah tangan, adik ,ibu dan ayahnya turut mengikuti. Lokman kemudian membaca doa makan. setelah selesai berdoa mereka semua terus menjamu selera. Tiada percakapan di rekodkan ketika mereka sedang menjamu selera, kerana ayahnya telah mengajar, agar jangan bercakap ketika makan, tak elok.

           ******************************************************************

Jam 9.03 malam.

       Lokman, ayah dan ibunya berada di ruang tamu sedang menonton tv. Kemudian ayah bersuara.

"Esok kamu nak pergi ke Akademi Cendrawasihkan? barang-barang dah kemas?"tanya ayah Lokman.

"Dah ayah" jawab Lokman ringkas.

"Bila dah sampai sana belajar elok-elok, jangan main-main pula, Bukan senang nak masuk Akademi tu sekarang ni. Buat perkara biar bersungguh-sungguh." kata ayahnya.

"Ya ayah," balas Lokman.

"pukul berapa bas tu bertolak ke Akademi tu?" tanya ayahnya.

"Pukul 10 pagi, tapi kitaorang dah janji nak pergi jam 8 pagi esok." jawab Lokman.

"Ha, baguslah tu sampai awal tak adalah terkejar-kejar bas pula nanti. Nak ayah tolong hantarkan ke?" tanya ayah.

"Eh, tak payahlah kita orang dah janji nak naik bas. jimat." kata Lokman.

"Hm. tak apalah kalau macam tu. Dah tu kamu kenalah tidur awal, nanti tak terbangun kesian pula kawan kamu tu menunggu kamu tapi tak tiba-tiba." kata ayah.

"Ha Lokman, esok pagi nak makan apa? nasi lemak ke roti telur?" tanya ibunya.

"Masak je la apa-apa mak, Lokman makan je, Lokman nak  makan semua yang mak masak dan koko crunch pagi esok" kata Lokman semangat.

"Yela, dah pergi tidur nati terlewat pula bangun esok." kata ibunya.

"Baik mak" kata Lokman sambil mencium tangan ibu dan ayahnya. Kemudian Lokman menuju ke biliknya untuk tidur.

          *********************************************************************

8 Januari 2041 ,jam 8.05 pagi.

      Mail dan Osman sudah pun tiba di pondok bas. Mereka berdua masih mencari-cari kelibat Lokman.

"Ish mana Lokman ni? tak sampai lagi pun. Mail, cuba kau call Lokman tanya dia kat mana?" kata Osman kepada Mail.

"Ala rilek la, baru lapan lima minit. nanti dia sampai la tu."kata Mail tenang.

"Ish aku kata call, call je la. kalau dia belum bangun lagi macam mana?" kata Osman gusar.

"Yela yela" balas Mail mencapai telefon bimbitnya.

   Baru sahaja Mail hendak menelefon, Tiba-tiba Osman terlihat kelibat manusia sedang berlari ke arah pondok bas. Setelah di amati rupanya kelibat itu ialah lokman.

"Eh tak payah telefon dia dah sampai dah" kata Osman kepada Mail.

"La baru je nak telefon, tadi suruh telefon. bila orang suruh tunggu tak nak pula, lepastu bila orang nak telefon dia kata tak payah pula." rungut Mail.

"Eh budak ni merajuk pula. apasal kau lambat ni Lokman?" tanya Osman.

"Sorrylah mak aku suruh makan banyak tu yang lambat tu,hah hah hah" balas Lokman tercungap-cungap.

"Alasan je kan. kau bangun lewatkan?" teka Osman.

"Eh mana ada. Betullah" jawabLokman semula.

"Dah, dah, dah. simpan gaduh tu. bas dah sampai dah. jom naik"ajak Mail.

"Fuh nasib baik sempat" kata Lokman.

"Ha.. kalau kita orang tertinggal bas. kau aku salahkan tau"Marah Osman.

"Ala relak la bukannya kena tinggal bas pun" kata Lokman.

"Hey hey hey, ni nak naik bas ke tak nak? aku tinggal juga korang ni nanti" Marah pemandu bas kepada Lokman dan Osman.

"Ha marah lagi dia orang ni pak cik, gaduh je kerja dia orang." sokong Mail.

"Ah kau pun sama, tahan bas tapi tak naik-naik" balas pemandu bas itu.

       Mail tersipu-sipu malu kerana di tegur pemandu bas tersebut. Lokman dan Osman tergelak kerana melihat Mail yang turut di tegur oleh pemandu bas.

"Ha. ambik kau, kau pun kena tegur juga hahaha" gelak Osman sambil di sambung gelak tawa Lokman.

         Mereka bertiga menaiki bas dalam keadaan bergelak ketawa kerana keadaan yang mereka alami tadi. Perjalanan bas itu lancar tanpa sebarang pergaduhan kecil daripada mereka bertiga. Sudah berbaik-baik agaknya mereka bertiga akhirnya.

          *********************************************************************


Tiada ulasan:

Catat Ulasan