Khamis, 2 Januari 2014

Wira Angkasa : Isyarat Pertama (Bab 1 - Part 1)

Bab 1 : Akademi Tentera Cendrawasih

    Aku Lokman, berumur 15 tahun. Aku tinggal di Kampung Pinang Sebatang. Aku masih bersekolah, sekolah dekat mana aku tidak boleh beritahu. Itu rahsia hehehe. Tapi kau orang boleh panggil aku Lock. Cerita ni bukan pasal aku, tapi pasal makhluk asing. Nak tahu pasal makhluk asing? teruskan membaca cerita ini.

                 **********************************************************

1 Januari 2041.

      Aku sedang baring-baring di atas katil di dalam bilikku sambil membaca buku novel kegemaranku, "Wira Angkasa" yang di karang oleh Rain Wintersky. Sedang aku asyik membaca tiba-tiba aku di ganggu dengan satu suara.

" Assalamualaikum, Lock! oh Lock!"

      Sekali lagi suara tersebut kedengaran.

" Assalamualaikum, Lock! oh Lock!"

     Pintu hadapan rumahku di kuak, Ibuku muncul untuk melihat siapakah gerangan empunya suara itu.

"Assalamualaikum, mak cik. Lokman ada dekat rumah tak?"

"Waalaikumsalam, Oh, kau Mail, Osman. mak cik ingat siapa tadi. Ada Lokman, ada kat dalam bilik dia, masuklah" kata ibuku.

   Oh lupa pula nak kenalkan dengan ibuku.. Ibuku namanya Puan Rosnah, Kawan-kawan ibu panggil ibu Kak Ros.

"Oh, Terima kasih mak cik" serentak Mail dan Osman balas jawapan ibuku, dengan senyuman lagi tu.

    Mail dan Osman berada di hadapan bilikku. Tanpa mengetuk pintu terus mereka masuk ke dalam untuk menggangguku. Aku pun buat-buat tak nampak je lah dengan diaorang ni.

"Eh Lock, kenapa hari ni kau tak datang ke sekolah?" tanya Mail.

"Ha betul, kita orang ingat kau tak sihat" sambung Osman.

Aku memandang diaorang berdua. kemudian aku pun menjawab.

"Hek eleh, hari ini kan tak sekolah kenapa aku kena pergi sekolah? agak-agaklah" itu jawapanku, senang je.

"Amboi.. sesedap mulut je kata hari ini tak sekolah, kalender mana kau tengok ni bhai?" sindir Osman.

"ewah-ewah macam sindir je bunyinya, kalender mana lagi. kalender tahun ni lah kan." jawabku dengan konfidennya.

"Ha tahu, kalendar tahun ni. tapi kau tengok kalender tu betul-betul tak?" Osman keluarkan kalender dari beg galasnya dan menunjukkan kepada Lokman. "ni tengok ni, 1 januari 2020. Sekolah beb sekolah!".

Aku pun melihat kalender tersebut, tiba-tiba aku terperasan sesuatu.

"Eh Man, kalender pun kau bawa pergi sekolah kan. Meh sini aku tengok jap" aku mengambil kalender itu dari tangan Osman.

"Man, kenapa kalender ni lain macam hah man? apasal kalender aku tak sama dengan kalender kau?" soal ku kepada Osman.

"yang ni, kalender sekolah kita Lock. takkan kau tak ada? bukan ke diaorang ada bagi kalender ni dekat semua bakal pelajar sebelum sekolah bermula. takkan kau dah lupa pula Lock?" balas Osman.

Aku tergamam. Terkaku dan terpegun.

"eh kau ni kenapa Lock? lain macam je aku tengok kau" tanya Osman dalam keadaan risau.

"Alamak!, macam mana aku boleh silap tengok kalender ni. aku lupa kalender sekolah biasa dengan sekolah tentera tak sama!! haduyai.. macam mana ni Man? aku masih boleh pergi sekolah lagi ke tak ni?" tanya ku resah.

"Tak apa Lock, hari ni cuma renovation je. seminggu renovation ni diaorang buat kat sini. kau pergi je lapor diri esok" jawab Mail memberi harapan.

"baru kau bersuara ye Mail, kalau tak senyap je. tapi orientasion, bukan renovation ye." kata Osman membetulkan ayat Mail.

"eh hehe" Mail ketawa kecil.

"Ha cuba cerita kat aku tentang orientasion ni Man" tanya diriku.

"Begini, sebelum kita dapat pergi ke sekolah tentera tu, diaorang akan adakan orientasi di beberapa lokasi sebagai sesi suai kenal antara para pelajar. Dan kebetulan tempat orientasi dekat tempat kita ni tak jauh mana. jadi kau masih ada masa untuk lapor diri esok." ulas Osman.

"Baiklah, esok aku mesti lapor diri kalau tak rugi aku kalau tak datang. dah lah susah nak dapat peluang masuk sekolah tentera ni. hanya yang terpilih je dapat." kata diriku.

"Ha kalau macam tu, esok kita jumpa, kau tahukan kat mana?" tanya Osman.

"Tahu, aku tahu tempat tu kat mana" jawabku.

"Baguslah, kalau macam tu aku dengan Mail balik dululah, itu je sebab kita orang datang kemari."

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam,"

                            ********************************************************

2 Januari 2041.

    Tiga pemuda sedang melepak di Warung Pak Mat, mereka di lihat sedang rancak bercerita tentang sesuatu. mari kita ikuti perbualan mereka bertiga.

"Pak cik, minta  milo ais satu, roti telur dua, potong banjir" Pesan Lokman. "korang nak makan apa? order la cepat"

"Kau nak apa Man? ah, ok ok. Pak cik teh tarik dua, nasi goreng ayam satu, nasi goreng kampung satu. Itu je pak cik" pesan Mail.

   Sementara pak cik tersebut menyiapkan makanan yang di pesan. Mereka bertiga sambung perbualan mereka yang tergendala tadi.

"Fuh Mail , Man teruk aku kena tadi pasal semalam tak datang, ni tengok lutut aku gigil dia tak hilang-hilang masih terasa sampai sekarang" Komplen lokman.

"ha tu lah siapa suruh semalam tak datang kan dah kena. Dia orang denda apa Lock?" tanya Mail ingin tahu.

"hui.. kalau aku nak cerita, seminngu belum tentu habis" kata Lokman.

"ha! baguslah tu kena denda tak sampai sejam, bila nak cerita ambil masa seminggu. piirah" perli Osman.

"ehehe relak bro ni aku nak cerita lah ni, jangan marah. Mula-mula diaorang suruh aku buat tekan tubi seratus kali! lepas tu diaorang suruh aku lari keliling padang 10 kali!" kata Lokman.

"Ala.. baru sikit takkan tu pun dah menggigil." kata Mail.

"Eh belum habis lagi tu, lepas lari keliling padang aku kena lompat katak keliling padang 5 kali. hah yang tu buat lutut aku menggigil. Kau gila lompat katak keliling padang 5 kali? padang tu bukannya kecil pun, besar. Ingat aku ni katak apa. hui.. berat betul denda tadi" cerita lokman kesal.

"Ahahahaha.. kesian. Padan muka kena jadi macam katak, hahahaha" kataOsman sambil tergelak bersama Mail.

"Ha gelak-gelak, tahu la aku seorang je yang kena. sampai hati kau orang gelakkan aku macam tu." kata Lokman sedih.

"hahaha tak de, kita orang tak gelak pun. cuma tergelak je hahaha" Kata Mail menahan gelak.

"Poyo la kau orang ni. Dah , dah, dah berhenti gelak aku sepak juga kau orang ni nanti" Marah Lokman.

"Ok Ok.. haha. hmm. habis orientasi tadi kau dapat join tak?" tanya Osman.

"dapat, lepas buat semua denda tu diaorang beri aku rehat sejam, lepas tu baru lah aku boleh ikut orientasi tu. itu pun dalam keadaan lutut mengigil macam sekarang ni" kata Lokman sambil menunjukkan lututnya. "eh dah ok pula lutut ni baru je nak tunjuk ehehe" sambung Lokman.

"oklah tu sekurangnya dapat juga kau buat orientasi tu." kata Osman.

"Lama sembang makanan pun tak sampai lagi. Pak cik! makanan kita orang dah siap belum?" tanya Mail.

"Dah siap dah, tapi pak cik tengok kau orang ni rancak bercerita jadi pak cik tak nak lah ganngu kau orang cerita ehehe" kata pakcik tu sambil membawa makanan yang dipesan tadi.

"Boleh pula macam tu pak cik ni.. kelakar la pak cik ni ehehe. Pak cik semua ni masuk buku eh pak cik ehehe" gurau Lokman.

"Eh boleh, kalau nak kena buku 5 pak cik tak kisah" jawab Pak cik.

"Ehehe.. saya gurau je tu pak cik, tak berani saya nak makan tak bayar kat kedai pakcik ni" balas Lokman.

"Ha.. kalau tahu tak pe" jawab pak cik.

                    **************************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan